Cari:
China Galakkan Pelaburan Sosial
2016-07-20 13:59:48 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang baru-baru ini mempengerusikan mesyuarat kerja bagi mendorong pembangunan sihat pelaburan sosial.

Li Keqiang menegaskan bahawa China masih berada dalam proses pengindustrian dan pembandaran baharu. Oleh itu, merangsang kedinamikan pelaburan sosial berkaitan dengan isu pembangunan dan pembaharuan.

Untuk tujuan tersebut, beliau mengemukakan tiga langkah. Pertama, memudahkan prosedur pentadbiran dan menyediakan persekitaran pelaburan yang lebih kondusif.

Kedua, menjayakan pembaharuan percukaian, di samping mengutamakan perkhidmatan kewangan terhadap ekonomi sebenar, khususnya perusahaan kecil dan sederhana dalam pelaksanakan dasar monetari yang berhemat.

Ketiga, membaharui kaedah pelaburan, dan menyempurnakan model kerjasama antara kerajaan dengan masyarakat bagi menarik lebih banyak pelaburan sosial.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China