Cari:
"Kebebasan Pelayaran" Bukan Alasan Latihan Tentera AS
2016-07-20 14:00:43 CRI Cetak

Seminar Akademik Kumpulan Pemikir Peringkat Tinggi mengenai Isu Laut China Selatan dan Pembangunan Kerjasama Serantau telah diadakan di Singapura pada 18 Julai lalu.

Penyelidik dari Institut Ketenteraan Tentara Laut China, Zhang Junshe dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) dan Jepun yang kerap kali mengadakan latihan ketenteraan di Laut China Selatan atas alasan "kebebasan pelayaran", sebenarnya berniat untuk mencetuskan kekacauan di kawasan tersebut.

Beliau berkata, latihan tentera yang dilakukan AS dan Jepun serta negara-negara lain bersifat provokasi dan tidak membina bagi keamanan dan kestabilan serantau.

Sehubungan dengan itu, negara-negara yang terbabit diharap menghentikan latihan tentera berkenaan.

Isu Laut China Selatan adalah urusan antara China dengan beberapa negara termasuk Filipina, bukan isu yang melibatkan AS dan Jepun mahupun negara-negara lain di luar rantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China