Cari:
Sidang Tahunan Pertama Bank Pembangunan Baharu BRICS
2016-07-21 11:33:36 CRI Cetak

Sidang tahunan pertama majlis eksekutif Bank Pembangunan Baharu Negara-negara BRICS diadakan di Shanghai semalam.

Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Naib Perdana Menteri, Zhang Gaoli menyampaikan ucapan pada majlis perasmian.

Menurut beliau, penubuhan Bank Pembangunan Baharu Negara-negara BRICS adalah hasil perkembangan pesat pasaran baru muncul negara-negara yang terlibat, hubungan ekonomi dan perdagangan yang semakin erat dalam kalangan negara-negara membangunan, kerjasama Selatan-Selatan yang terus diperkukuh dan pembaharuan dalam tadbir urus ekonomi global yang semakin diintensifkan.

Seperti yang dinyatakan Presiden Xi Jinping, bank tersebut mencerminkan hasrat negara-negara BRICS untuk meningkatkan kerjasama dan mewujudkan pembangunan bersama.

Perkara tersebut bukan sahaja membantu menguatkan suara negara-negara BRICS dalam urusan kewangan antarabangsa, malah memberikan manfaat kepada rakyat negara-negara BRICS dan negara-negara membangun yang lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China