Cari:
China Laksanakan Respons Kecemasan Peringkat 4 Hadapi Hujan Lebat
2016-07-21 15:24:06 CRI Cetak

Jawantakuasa Pengurangan Bencana Negara dan Kementerian Hal Ehwal Awam melaksanakan respons kecemasan peringkat 4 bagi menghadapi hujan lebat dan bencana banjir yang melanda provinsi Hebei pada ketika ini.

Kumpulan kerja juga telah bergegas ke kawasan bencana untuk meninjau keadaan dan memastikan keperluan asas penduduk di kawasan yang terjejas dipenuhi. Hujan lebat yang melanda kebanyakan kawasan di provinsi Hebei sejak Isnin lalu telah mengakibatkan bencana banjir dan tanah runtuh yang teruk.

Menurut laporan berkenaan, terdapat hampir 2 juta orang terjejas oleh bencana kali ini, termasuk 14 orang terkorban, manakala 72 lagi dilaporkan masih hilang.

Selain itu, beberapa kemudahan di kawasan bencana turut musnah dan menyebabkan kerugian sehingga RMB580 juta (kira-kira RM300 juta).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China