Cari:
Seminar Antarabangsa Kebaikan Agama Islam di Urumqi
2016-07-21 15:25:12 CRI Cetak

Seminar Antarabangsa Kebaikan Agama Islam diadakan di bandar Urumqi, Wilayah Autonomi Uygur Xinjing semalam.

Seminar yang bertema "mendukung kebaikan, menentang ekstremisme" itu telah menghimpunkan tokoh-tokoh Islam, sarjana, pakar dan pegawai kerajaan dari enam buah negara termasuk China, Rusia, Kazakhstan,Tajikistan,Kyrgyzstan dan Uzbekistan.

Para perwakilan berpendapat bahawa ekstremisme dan keganasan yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini telah mengancam keamanan dunia dan merupakan cabaran seluruh umat manusia.

Tokoh-tokoh Islam dari pelbagai negara perlu terlibat aktif dalam usaha meningkatkan kerjasama, berkongsi pengalaman, menonjolkan semangat kebaikan dalam agama Islam, menggalakkan pertukaran, melindungi kedamaian dunia serta mendorong keharmonian dan kestabilan masyarakat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China