Cari:
Simposium Pakar Undang-Undang mengenai Kes Timbang Tara Isu Laut China Selatan
2016-07-21 17:18:47 CRI Cetak

Simposium pakar undang-undang yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Undang-Undang China, Persatuan Undang-Undang Antarabangsa China, dan Persatuan Undang-Undang Laut China telah diadakan di Beijing hari ini bagi membincangkan kes timbang tara Laut China Selatan.

Kira-kira 60 pegawai dari jabatan kerajaan, dan pakar undang-undang telah menganalisis keputusan kes timbang tara, yang menjejaskan kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim China, dari segi undang-undang.

Naib Pengerusi Persatuan Undang-undang China, Chen Jiping menyatakan bahawa keputusan kes timbang tara Laut China Selatan yang difailkan oleh Filipina secara sepihak tidak mengambil kira fakta sejarah, tidak berpaksikan keadilan dan kesaksamaan serta mencabuli peraturan antarabangsa.

China tidak mengiktiraf dan tidak akan melaksanakan keputusan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China