Cari:
Li Keqiang Hadir Dialog Meja Bulat
2016-07-22 15:20:34 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang menghadiri dialog meja bulat "1+6" di Beijing hari ini.

Turut hadir dalam dialog tersebut ialah Gabenor Bank Dunia, Kim Jim-Yong, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde, Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Roberto Azevedo, Ketua Pengarah Pertubuhan Pekerja Antarabangsa (ILO), Guy Ryder, Ketua Setiausaha Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Angel Gurria dan Pengerusi Lembaga Kestabilan Kewangan, Mark Carney.

China selaku negara pengerusi Sidang Kemuncak G20 tahun ini komited untuk memupuk pertumbuhan ekonomi baharu termasuk inovasi, mengintensifkan pembaharuan struktur, menggalakkan pelaburan dan pembinaan kemudahan infrastruktur, melaksanakan pembaharuan kewangan, menggalakkan perdagangan, menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan, melaksanakan agenda pembangunan mampan 2030, menangani pelbagai cabaran global dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dunia yang kukuh, berterusan dan seimbang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China