Cari:
10 Terbunuh Kes Tembakan di Munich
2016-07-23 15:27:05 CRI Cetak

Pihak polis Munich Jerman pagi tadi telah mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh termasuk seorang penyerang dan 16 lagi cedera dalam satu insiden tembakan di pusat beli-belah Olympia Einkaufzentrum di Munich, Jerman semalam.

Penyerang berkenaan ialah seorang lelaki berumur 18 tahun yang mempunyai dwikewarganegaraan Jerman dan Iran.

Ketua Jabatan Polis Munich, Hubertus Andrei dalam sidang akhbar menyatakan bahawa insiden tembakan berlaku pada pukul 5.50 petang berhampiran restoran McDonalds di pusat beli-belah berkenaan.

Beliau berkata, suspek tersebut telah tinggal di Munich selama dua tahun dan motifnya menyerang orang awam masih belum diketahui. Insiden ini belum dikenalpasti sebagai serangan ganas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China