
Sebanyak 49 pertubuhan orang keturunan Cina dan perantau China di Korea Selatan termasuk Persatuan Perantau China di Korea Selatan dan Persatuan Penggalakan Penyatuan Semula China Orang Cina dan Perantau China, mengeluarkan kenyataan bersama menyokong kerajaan China memelihara kedaulatan di Laut China Selatan di samping membantah penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) oleh Amerika Syarikat (AS) di negara itu.


Menurut kenyataan itu, orang keturunan Cina dan perantau China di Korea Selatan menyokong pendirian kerajaan China dan menentang keputusan haram yang dibuat oleh tribunal timbang tara antarabangsa mengenai kes Laut China Selatan yang difailkan oleh Filipina.

Selain itu, mereka juga membantah penempatan THAAD kerana ini diangggap akan menjejaskan hubungan persahabatan antara China dengan Korea Selatan.








