Cari:
Galakan Pertumbuhan Ekonomi yang Berdinamik, Berterusan dan Seimbang
2016-07-23 14:58:04 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang menghadiri dialog meja bulat "1+6" di Beijing semalam.

Turut hadir dalam dialog tersebut ialah Gabenor Bank Dunia, Kim Jim-Yong, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde, Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Roberto Azevedo, Ketua Pengarah Pertubuhan Pekerja Antarabangsa (ILO), Guy Ryder, Ketua Setiausaha Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Angel Gurria dan Pengerusi Lembaga Kestabilan Kewangan (FSB), Mark Carney.

Li berkata, walaupun ekonomi global masih menghadapi banyak faktor yang tidak stabil dan menentu, namun pasaran dunia berpotensi besar. Pelbagai negara perlu mempunyai keyakinan yang teguh, mengutamakan pembangunan ekonomi dan penambahbaikan kesejahteraan rakyat, supaya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dunia yang berdinamik, berterusan dan seimbang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China