Negara-negara anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) memberikan banyak penilaian positif terhadap China ketika membahaskan dasar perdagangan China kali ke-6. Ini menunjukkan bahawa kedudukan China dalam ekonomi dan perdagangan dunia semakin meningkat.
Demikian dinyatakan oleh Naib Menteri Perdagangan China yang mengetuai gelegasi China, Wang Shouwen di Geneva semalam.
Menurutnya, negara-negara anggota WTO memberikan penilaian positif ke atas pembaharuan di China, khususnya pembaharuan struktur pihak pembekal dan tindakan buka pintu pusingan baharu, dan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R).
Dalam pada itu, China turut diberikan penilaian tinggi dalam menubuhkan sistem perdagangan multilateral, menjadi tuan rumah sidang kemuncak APEC 2014, dan memaikan peranan utama dalam menentang perlindungan perdagangan dan menggalakkan pelaksanaan perjanjian pemudahan perdagangan.