Sebarang timbang tara tidak dapat mengubah kebenaran iaitu Nanhai Zhudao (kepulauan di Laut China Selatan) dimiliki oleh China sejak sekian lama. Tindakan Amerika Syarikat (AS) menghasut Filipina membangkitkan pertikaian berkenaan bukan tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh sebuah negara besar yang bertanggungjawab.
Demikian dinyatakan oleh mantan Duta Besar Romania ke China, yang juga Pengerusi Persatuan Persahabatan Romania-China, Dumitrescu ketika diwawancara oleh wartawan Agensi Berita Xinhua China baru-baru ini.
Menurutnya, kes timbang tara mengenai isu Laut China Selatan tidak munasabah dan tidak sah. Beliau menyokong pendirian China yang tidak menerima dan tidak mengiktiraf kes tersebut.
Beliau menyatakan, rundingan antara kedua-dua negara China dan Filipina merupakan satu-satunya cara yang bijak untuk menyelesaikan pertikaian di Laut China Selatan. Campur tangan pihak ketiga khususnya kuasa dari luar rantau akan merumitkan situasi.