Cari:
Syria Sedia Sambung Rundingan Damai Tanpa Syarat
2016-07-25 16:48:55 CRI Cetak

Kerajaan Syria bersedia untuk menyambung rundingan damai tanpa syarat bagi menyelesaikan krisis Syria melalui saluran politik.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Syria semalam, kerajaan telah membuat persiapan untuk mengadakan semula rundingan damai bagi mencari jalan penyelesaian krisis Syria yang sepatutnya dicapai oleh rakyat Syria sendiri, di samping tiada gangguan daripada kuasa luar.

Kaedah itu bukan sahaja perlu memenuhi aspirasi rakyat Syria, malah perlu mendapat sokongan masyarakat antarabangsa.

Kerajaan Syria dalam kenyataan itu turut menegaskan, pihaknya mengalu-alukan AS dan Rusia mencapai beberapa persepakatan tentang isu Syria semasa Setiausaha Negara AS, John Kerry mengadakan lawatan ke Rusia baru-baru ini.

Kerajaan Syria akan terus bekerjasama dengan Rusia untuk membanteras keganasan dan bersedia untuk mematuhi persepakatan antara AS dengan Rusia bagi menyelaraskan operasi serangan udara yang menyasarkan kumpulan militan di Syria.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China