Cari:
Britain Harap Rundingan FTA dengan China Lancar
2016-07-25 16:49:54 CRI Cetak

Menteri Kewangan Britain, Philip Hammond baru-baru ini menyatakan bahawa Britain bersedia untuk mencapai perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan China.

Penganalisis berpendapat, selepas berundur dari Kesatuan Eropah (EU), Britain akan berusaha mencari lebih banyak peluang kerjasama dengan China pada masa depan.

Menurut laporan BBC semalam, Hammond telah memulakan rundingan dengan China tentang FTA.

BBC memetik kata-kata Hammond yang menyatakan bahawa, saat ini merupakan waktu yang paling sesuai untuk mencari "peluang baharu" di seluruh dunia. China merupakan salah sebuah destinasi pelaburan yang terbesar bagi Britain.

Semasa menghadiri Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat Kumpulan 20 (G20) di Chengdu, China, Hammond telah bertukar-tukar pendapat dengan pegawai peringkat tinggi China tentang pelbagai perkara, antaranya termasuklah usaha-usaha memperkasakan kerjasama dua hala dalam bidang ekonomi dan kewangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China