Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat Kumpulan 20 (G20) berakhir di Chengdu selepas mengeluarkan kenyataan bersama mengenai sembilan perkara utama yang menjadi pokok perbincangan dalam mesyuarat tersebut.
Semua pihak juga sebulat suara untuk mengambil lebih banyak tindakan bagi meningkatkan keyakinan dalam usaha memperkasakan ekonomi.
Antara isu-isu yang menjadi fokus dalam mesyuarat itu termasuklah usaha-usaha untuk membentuk rangka kerja yang kukuh, konsisten dan seimbang, membina rangka kewangan antarabangsa, membuat pelaburan dalam pembinaan infrastruktur, mengadakan pembaharuan dalam sektor kewangan serta menjalinkan kerjasama dalam percukaian antarabangsa.
Menteri Kewangan China, Lou Jiwei dalam sidang media selepas mesyuarat itu berkata, pemulihan ekonomi global memang lebih lembap daripada jangkaan dan masih berdepan dengan pelbagai cabaran.
Sehubungan dengan itu, negara-negara G20 perlu mengintensifkan kerjasama, mengambil pelbagai inisiatif kewangan serta melaksanakan dasar moneteri dan pembaharuan struktur bagi menggalakkan pertumbuhan.