Cari:
Wang Yi: Ketepikan Persengketaan, Tingkatkan Penyelarasan
2016-07-26 14:21:41 CRI Cetak

Hubungan antara Beijing dengan Washington diharap dapat kekal pada landasan yang betul dan perselisihan antara kedua-dua negara dapat diselesaikan secara baik menerusi kaedah yang lebih konstruktif.

Harapan itu diluahkan Menteri Luar China, Wang Yi ketika ditemui Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry semasa Mesyuarat Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-6 (EAS FMM Ke-6) di Vientiane, Laos semalam.

Wang Yi berkata, selaku dua negara gergasi di dunia, persengketaan antara kedua-dua negara memang mustahil untuk dielakkan.

Namun, Beijing dan Washington masih mempunyai banyak kepentingan bersama, di samping nilai-nilai strategik dalam memperkasakan kerjasama adalah signifikan.

Oleh hal yang demikian, pihak-pihak berkenaan perlu bersikap objektif dalam meneliti strategi masing-masing.

Wang berharap agar China dan AS dapat meningkatkan penyelarasan dan memanfaatkan pertemuan pemimpin-pemimpin negara semasa Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Hangzhou bagi memastikan hubungan kedua-dua pihak kekal sihat dan stabil, di samping menyumbang kepada kedamaian, kestabilan dan kemakmuran dunia.

Kerry berjanji bahawa Washington akan meningkatkan komunikasi dengan Beijing bagi mengurus dan mengawal persengketaan melalui pelbagai kerjasama.

Mengenai isu Laut China Selatan, beliau menegaskan bahawa AS tidak berpihak terhadap keputusan muktamad Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) di The Hague berhubung dengan pertikaian wilayah maritim di Laut China Selatan dan terus menyokong China dan Filipina menyambung semula dialog bilateral.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China