Cari:
Jepun Digesa Bertindak Praktikal Baiki Hubungan dengan China
2016-07-26 16:55:53 CRI Cetak

China menggesa supaya Jepun mengambil tindakan praktikal bagi mengekalkan asas politik seperti yang termaktub dalam empat dokumen politik antara kedua-dua negara, melaksanakan prinsip-prinsip yang disepakati dan bekerjasama bagi menjayakan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Hangzhou demi membaiki hubungan dua hala.

Gesaan itu dibuat oleh Menteri Luar China, Wang Yi dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Jepun, Fumio Kishida ketika menghadiri Mesyuarat Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-6 (EAS FMM Ke-6) di Vientiane, Laos semalam, memandangkan hubungan China-Jepun kini masih dibayangi isu-isu sensitif.

Wang Yi mengulangi pendirian China dalam isu Laut China Selatan, sambil menegaskan bahawa Jepun bukan negara yang terlibat dalam pertikaian tersebut.

Niat sebenar Jepun akan terbongkar jika negara itu tetap nekad campur tangan dalam isu Laut China Selatan setelah China dan ASEAN mengeluarkan kenyataan bersama bagi melaksanakan sepenuhnya Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC).

Berkenaan dengan isu kebebasan pelayaran di Laut China Selatan, Wang Yi berkata, tidak timbul masalah tentang isu tersebut sama ada pada masa lalu atau pada masa akan datang, sementelah China sentiasa mengutamakan kebebasan pelayaran di kawasan perairan tersebut.

Beliau turut menggesa Jepun agar berhati-hati ketika mengambil tindakan dan tidak mengulangi kesilapan.

Kishida pula berkata, Jepun bersedia untuk bersama-sama dengan China bagi memperkukuh pertukaran lawatan peringkat tinggi, meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan usaha memerangi keganasan, serta menangani perselisihan dengan baik bagi membuka lembaran baharu hubungan Jepun-China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China