Cari:
Keliling Dunia Naik Belon Udara Panas
2016-07-26 12:20:26 CRI Cetak

Seorang pengembara Russia, Fedor Konyukhov berjaya mencipta rekod dunia apabila mengelilingi dunia dengan belon udara panas secara solo selama 11 hari.

Konyukhov, 64, yang memulakan pengembaraannya dari Northam di Australia Barat pada 12 Julai lalu berjaya memecahkan rekod 13 hari setengah yang dicatat Steve Fossett pada 2002.

Selepas secara rasmi menamatkan perjalanannya, Konyukhov terbang melintasi Northam dalam sambutan yang dianggap menakjubkan oleh rakan baiknya, Dick Smith.

"Selepas menempuh perjalanan sejauh 34,000 kilometer mengelilingi dunia, Konyukhov melintasi lokasi di mana dia berlepas.

"Ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Dia sangat bernasib baik dan ia sangat mengagumkan," katanya.

Smith yang mengendalikan sebuah helikopter membantu Konyukhov mendaratkan belon udara panas dengan selamat.

Katanya, ketika tiba di Northam, belon udara panas yang dinaiki Konyukhov berada pada ketinggian kira-kira 6,000 meter dan bergerak selaju 60 kilometer sejam.

(sumber: Harian Metro Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China