Cari:
Warner Lancar Trailer Filem 'Wonder Woman'
2016-07-26 12:23:59 CRI Cetak

Warner Bros. telah melancarkan trailer filem 'Wonder Woman' di acara Comic-Con di San Diego. Filem ini mengisahkan tentang seorang pahlawan Amazon yang juga Wonder Woman lakonan Gal Gadot.

Sebuah kapal terbang terhempas di Amazon dan Wonder Woman pertama kali bertemu dengan juruterbang Steve Trevor (Chris Pine) yang memberitahu beliau yang dunia sedang mengalami perang dunia. Wonder Woman dibawa keluar dari Amazon untuk membantu menghentikan perang dunia itu.

Dengan pelancaran trailer ini di Comic-Con, peminat semakin tidak sabar untuk menonton filem Wonder Woman di layar perak setelah penantian yang sekian lama.

Filem yang bakal ditayangkan pada Jun 2017 merupakan filem pertama Wonder Woman di layar perak berbanding dengan rangkaian filem superhero lain seperti Batman (lapan filem) , Superman (tujuh filem) dan Spider-Man (enam filem).

(sumber: Astro Awani Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China