Cari:
AMM Bantu Kaedah Penyelesaian Isu Laut China Selatan Kembali kepada Landasan Betul
2016-07-26 13:35:19 CRI Cetak

Kenyataan bersama bagi melaksanakan secara menyeluruh dan berkesan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) telah dikeluarkan dalam Mesyuarat Menteri Luar China-ASEAN (AMM) (10+1) yang diadakan Vientiane, Laos pada 25 Julai lalu.

Kenyataan tersebut berpendapat, memelihara kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan selari dengan kepentingan asas China, negara-negara anggota ASEAN dan masyarakat antarabangsa.

Menteri Luar China, Wang Yi ketika menghadiri sesi taklimat media China dan negara asing yang diadakan pada hari yang sama menyatakan bahawa AMM yang berjaya dengan sepenuhnya kali ini bukan sahaja telah menggariskan cetak biru perkembangan hubungan China-ASEAN pada masa depan, malah juga membawa kaedah penyelesaian isu Laut China Selatan kembali kepada landasan yang betul.

Kenyataan bersama itu turut menegaskan lagi peri pentingnya DOC yang telah ditandatangani oleh semua pihak terlibat pada tahun 2002. Dalam pada itu, Wang berkata,

"Pengeluaran kenyataan bersama tersebut dengan jelas memberi isyarat yang positif bahawa China dan ASEAN akan menggembleng tenaga untuk memelihara kedamaian dan kestabilan di perairan Laut China Selatan, dan pada masa yang sama, China dan ASEAN berkeupayaan menjadikan Laut China Selatan laut sebagai laut yang aman dan berorientasikan kerjasama. Maklumat teras dalam kenyataan tersebut adalah pertikaian berkenaan masih perlu diselesaikan melalui rundingan damai oleh pihak-pihak yang terlibat langsung dalam pertikaian itu. Kaedah ini justeru merupakan "pendekatan dwitrek" yang dikemukakan oleh ASEAN dan dicadangkan oleh China. Inilah saluran betul yang praktikal dan berkesan untuk menyelesaikan pertikaian Laut China Selatan dan memelihara keamanan dan kestabilan di perairan tersebut.

Wang berkata, sebagai satu unit, ASEAN tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tidak memberi komen berhubung keputusan kes timbang tara Laut China Selatan yang difailkan oleh bekas kerajaan Filipina secara sepihak, kerana ASEAN berpendapat isu ini merupakan isu antara China dan Filipina dan pihaknya menyokong kedua-dua negara menyelesaikan pertikaian berkenaan melalui rundingan damai. Kes timbang tara Laut China Selatan yang tidak sah diuar-uarkan oleh pihak-pihak berkenaan patutlah diredakan.

Beliau menegaskan,

"Apa yang dikatakan sebagai kes timbang tara tersebut tidak dapat menghentikan pertikaian berkenaan, sebaliknya menjejaskan kedamaian dan kestabilan serantau, bahkan mengganggu proses rundingan antara China dan negara-negara anggota ASEAN untuk bersama-sama melaksanakan DOC dan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC). Hal ini turut menjadikan hubungan bilateral antara China dan Filipina terbantut. Namun begitu, pada pendapat pihak China, perkara yang paling penting pada masa ini adalah pihak-pihak yang terlibat perlu membawa kaedah penyelesaian isu Laut China Selatan kembali kepada pelaksanaan DOC yang dianggap sebagai landasan yang betul."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China