Cari:
Sidang Kemuncak Y20 Dirasmikan
2016-07-27 16:53:53 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Belia Kumpulan 20 (Y20) 2016 dirasmikan di Shanghai hari ini.

Sidang kemuncak yang bertemakan "Inovasi Belia demi Wawasan Bersama" itu disertai lebih seratus wakil belia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun dari negara-negara G20, negara jemputan dan pertubuhan antarabangsa.

Para wakil akan mengadakan perbincangan tentang topik "pembasmian kemiskinan dan pembangunan bersama", "pemikiran inovatif dan keusahawanan", "keadilan sosial dan kesamarataan hak", "kehidupan hijau dan pembangunan lestari" serta "perkongsian dan tadbir urus ekonomi global".

Kenyataan yang dikeluarkan dalam mesyuarat tersebut akan diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola Sidang Kemuncak G20 2016.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China