Cari:
Jepun Perlu Muhasabah Diri
2016-07-29 11:45:47 CRI Cetak

Jepun perlu bermuhasabah mengapa pihaknya menjadi "kelompok minoriti" dalam isu laut China Selatan, jika tidak negara itu akan semakin dipencilkan.

Gesaan itu dibuat oleh jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang sebagai membalas laporan media Jepun yang mengatakan Jepun akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa demi mendesak China mematuhi undang-undang antarabangsa dan menerima keputusan timbang tara Laut China Selatan.

Menurut beliau, dalam mesyuarat menteri luar antara China dengan ASEAN di Laos minggu ini, kedua-dua pihak sebulat suara bersetuju bahawa pertikaian Laut China Selatan perlu diselesaikan secara aman melalui dialog antara negara-negara yang terlibat terus.

Kini, terdapat lebih 80 buah negara dan pertubuhan antarabangsa dan serantau menyatakan sokongan terhadap pendirian China dalam isu Laut China Selatan. Hanya dua atau tiga negara yang masih mendakwa keputusan timbang tara berkenaan "mempunyai kuasa mengikat di sisi undang-undang" dan "selaras dengan undang-undang antarabangsa". China menggesa negara-negara tersebut supaya mengikut pendirian adil majoriti masyarakat antarabangsa.

China turut menggesa Jepun menerima kebenaran sejarah, mematuhi undang-undang dan order antarabangsa serta menyumbang kepada keamanan, kestabilan, keharmonian dan kemakumuran serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China