Aktres China, Zhang Ziyi, kembali ke pentas lakonan selepas lebih setahun menyepikan diri. Beliau yang mendirikan rumah tangga pada Mei 2015 dengan penyanyi rock Wang Feng, hamil dan melahirkan bayi perempuan, Xing Xing pada 27 Disember tahun sama. Ziyi lebih selesa bercuti hampir setahun untuk menumpukan perhatian kepada kehidupan berkeluarga.
Pelakon China yang terkenal menerusi lakonannya dalam "Crouching Tiger, Hidden Dragon," "Hero" dan "The Grandmaster," dilaporkan bekerjasama dengan J.J. Abrams dalam filem sci-fi thriller "God Particle" bersama-sama David Oyelowo, Gugu Mbatha-Raw, Chris O'Dowd, Daniel Bruhl dan Elizabeth Debicki.Julius Onah akan mengarahkan filem itu. Filem ini memulakan penggambaran pada Jun dan dijangka akan ditayangkan pada Februari 2017.
Satu lagi filem yang dibintanginya adalah "The Wasted Times," arahan Cheng Er yang memulakan penggambaran sebelum beliau hamil. Ia akan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto (TIFF) pada September ini dan bakal ditayangkan di China pada musim Krismas.
(Sumber: Berita Harian Online Malaysia)