Cari:
Wang Yi Temui Menteri Luar Empat Negara Afrika
2016-07-29 14:40:49 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan pertemuan secara berasingan dengan rakan sejawatnya dari Mali, Madagascar, Comoros dan Congo yang menghadiri mesyuarat penyelarasan pelaksanaan hasil Sidang Kemuncak Johannesburg, Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) di Beijing semalam.

Kelima-lima menteri luar bertukar-tukar pendapat tentang hubungan bilateral dan isu-isu serantau dan antarabangsa yang diberikan perhatian bersama-sama.

Menurut Wang, 10 program kerjasama antara China dengan Afrika yang diumumkan oleh Presiden Xi Jinping dalam sidang kemuncak tersebut sesuai dengan keperluan pembangunan Afrika, sekali gus menerajui trend kerjasama antarabangsa dengan benua itu.

China akan menunaikan janji untuk menjayakan program tersebut. Prospek kerjasama yang saling menguntungkan antara China dengan Afrika amat cerah.

Para menteri luar Afrika pula menyatakan hasrat masing-masing untuk memperkasakan kerjasama dengan China demi pembangunan bersama.

Lihat juga
berita lain
v Park Geun-hye Temui Wang Yi 2015-03-22 14:57:05
v Wang Yi: Elakkan Sejarah Buruk Berulang 2013-12-20 15:57:14
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China