Cari:
Wang Yi Temui Menteri Luar Enam Negara Afrika
2016-07-30 16:55:32 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan pertemuan secara berasingan dengan rakan sejawatnya dari Afrika Selatan, Gabon, Benin, Djibouti, Sudan Selatan serta Menteri Algeria bagi Hal Ehwal Maghreb, Kesatuan Afrika dan Liga Arab yang menghadiri mesyuarat penyelarasan pelaksanaan hasil Sidang Kemuncak Johannesburg, Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) di Beijing semalam.

Pertemuan tersebut memfokuskan hubungan bilateral dan isu-isu serantau dan antarabangsa yang diberikan perhatian bersama-sama.

Wang menyatakan, konsep dan tindakan baharu dalam dasar China terhadap Afrika yang dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping pada sidang kemuncak tersebut telah membuahkan hasil yang menguntungkan 2.4 bilion rakyat kedua-dua pihak.

China menyokong Afrika memilih laluan pembangunan yang bersesuaian dengan keadaan sendiri, di samping bersedia terus memperkukuh kesalingpercayaan politik dan menginovasi model kerjasama yang saling menguntungkan dengan Afrika serta membantu benua itu meningkatkan keupayaan pembangunan demi merealisasikan keamanan berkekalan dan pembangunan lestari.

Pihak Afrika menyatakan penghargaan terhadap inisiatif China untuk mengadakan mesyuarat penyelarasan tersebut dan rasa puas hati dengan kemajuan 10 program kerjasama antara kedua-dua pihak.

Mereka menyuarakan kesediaan untuk memperkasakan kerjasama muhibah yang saling menguntungkan dengan China dalam pelbagai bidang, sekali gus melonjakkan hubungan Afrika-China ke tahap baharu.

Pihak Afrika turut mengulangi sokongan terhadap pendirian China dalam isu Laut China Selatan, serta hasrat untuk merapatkan penyelarasan dengan China demi kepentingan bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China