Cari:
16 Maut Nahas Belon Udara Panas di Texas
2016-07-31 15:38:19 CRI Cetak

Seramai 16 penumpang belon udara panas terkorban apabila belon yang dinaiki mereka terbakar dan terhempas di pekan Lockhart, kira-kira 48 kilometer dari Austin, ibu negeri Texas, Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan media tempatan, kemalangan itu berlaku pada pukul 7.40 pagi Sabtu (waktu tempatan).

Jabatan Keselamatan Awam Texas mengesahkan kesemua penumpang terkorban.

Pasukan penyiasat dari Jabatan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dikerah ke tempat kejadian untuk mencari punca kemalangan tersebut.

Menurut NTSB, kemalangan ini merupakan nahas belon udara panas yang meragut paling banyak nyawa dalam sejarah AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China