Penyanyi popular Amerika Syarikat, Taylor Swift mendahului senarai 100 orang selebriti yang menerima bayaran tertinggi di Hollywood sepanjang tahun lalu, dengan memperoleh pendapatan USD170 juta (RM677.6 juta).
Dilaporkan, penyanyi yang berusia 22 tahun itu turut memperoleh USD200 juta (RM797.2 juta) selepas menjayakan konsert siri jelajah album kelimanya berjudul 1989, tahun lalu.
Swift turut mendahului beberapa artis terkenal antaranya Adele yang berada di tempat kesembilan dengan pendapatan USD80 juta (RM320.5 juta).
(sumber Utusan Malaysia)