Cari:
Majlis Raikan Ulang Tahun ke-89 Penubuhan PLA
2016-08-01 13:38:32 CRI Cetak

Kementerian Pertahanan China mengadakan majlis jamuan untuk meraikan ulang tahun ke-89 penubuhan Tentera Pembebasan Rakyat(PLA) China di Dewan Rakyat Beijing semalam. Anggota Dewan Negara merangkap Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan dalam ucapannya menyatakan bahawa usaha mengukuhkan pertahanan negara dan meningkatkan kekuatan ketenteraan agar setanding dengan kedudukan China di arena antarabangsa dan selaras dengan keselamatan dan kepentingan pembangunan negara merupakan tugas strategik dalam pembangunan kemodenan sosialisme China.

Chang Wanquan menyatakan bahawa China berpegang tuguh kepada pembangunan negara secara damai, sentiasa berusaha untuk membina keamanan dunia, memberi sumbangan kepada pembangunan sejagat dan memelihara order antarabangsa. China bersedia memperluas kepentingan yang sama dengan pelbagai negara, menggalakkan penjalinan hubungan antarabangsa jenis baharu yang mengutamakan prinsip bekerjasama dan mewujudkan situasi menang-menang, selain menggalakkan pembentukan komuniti berkongsi nasib dan kepentingan. China mengamalkan dasar pertahanan bersifat defensif dengan teguh tanpa berganjak, komited kepada usaha mengintensifkan pertukaran dan kerjasama dengan pasukan pelbagai negara, di samping mengambil bahagian dengan aktif dalam urusan keselamatan antarabangsa dan serantau. PLA berpegang teguh kepada perlindungan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara, memelihara keutuhan wilayan dan kepentingan matirim negara, berkeyakinan dan berkemampuan untuk menghadapi pelbagai ancaman dan provokasi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China