Cari:
Kontinjen China Tiba di Rio
2016-08-02 14:56:45 CRI Cetak

Seramai lebih 20 orang pegawai kontinjen China ke Sukan Olimpik 2016 telah tiba di Rio de Janeiro, Brazil semalam.

Dilaporkan, sebahagian atlet daripada skuad air terjun, judo dan tenis China juga telah selamat tiba dengan menaiki pesawat yang sama.

Naib ketua Kontinjen China, Yang Shu'an memaklumkan, kerja-kerja persiapan bagi menghadapi temasya sukan Olimpik kali ini boleh dikatakan berjalan dengan lancar.

Bukan perkara yang mudah untuk menganjurkan sebuah temasya sukan yang berprestij seperti Olimpik, namun kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China