Cari:
Sokongan terhadap Park Geun-hye Merosot
2016-08-02 16:22:12 CRI Cetak

Sokongan terhadap Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye dalam kalangan rakyat terus merosot pada minggu keempat bulan Julai ini berdasarkan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Syarikat REALMETER semalam.

Hanya 31.6 peratus respondan meyakini keupayaan pentadbiran Park Geun-hye yang jatuh 3.8 peratus berbanding dengan seminggu lalu. Selain itu, kira-kira 60.7 peratus responden memberikan penilaian negatif terhadap pentadbirannya.

Dalam pada itu, kadar sokongan di kawasan Daegu dan Gyeongsangbukdo, yang merupakan kawasan Parlimen yang diwakili Park Geun-hye, menunjukkan kejatuhan paling ketara sejak Park Geun-hye memegang jawatan presiden, iaitu menurun 7.8 peratus kepada 35.8 peratus.

Penganalisis berpendapat, kemerosotan sokongan terhadap Park Geun-hye di kawasan tersebut mempunyai kaitan dengan tindakan keras kerajaan Park Geun-hye untuk menempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di kaunti Seongju, Gyeongsangbukdo.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China