Cari:
Pemimpin Iran Kutuk AS Langgar Perjanjian Nuklear
2016-08-02 16:58:11 CRI Cetak

Sekatan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran perlu ditarik balik dengan segera bagi membolehkan rakyat Iran menjalani kehidupan yang lebih baik. Namun begitu, kehidupan rakyat masih ditakuk lama, walaupun perjanjian nuklear Iran sudah dilaksanakan sejak enam bulan yang lalu.

Demikian dinyatakan oleh Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei semalam.

Menurut Khamenei, AS bukan penyelamat dunia, tetapi pencetus masalah serantau. Negara-negara di Asia Barat digesa agar tidak bergantung pada AS untuk menyelesaikan masalah. Tindakan AS melanggar perjanjian nuklear telah menjejaskan hubungan ekonomi Iran dengan negara lain, sekali gus menunjukkan bahawa negara itu memang tidak boleh dipercayai.

Pada Julai 2015, Iran telah mencapai perjanjian nuklear dengan enam kuasa dunia berhubung isu nuklear Iran, iaitu AS, Britain, Perancis, Rusia, China dan Jerman. Perjanjian tersebut mula dilaksanakan pada Januari tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China