Cari:
China Bantah Kertas Putih Pertahanan Jepun
2016-08-03 12:58:34 CRI Cetak

Kementerian Pertahanan Jepun mengeluarkan Kertas Putih Pertahanan 2016 semalam. Dalam dokumen itu, Jepun telah memberikan penilaian yang salah tentang pembangunan pertahanan negara dan tentera China yang sah. Sehubungan dengan itu, pihak tentara China mengemukakan sekeras-keras bantahan dan rasa tidak puas hati terhadap pihak Jepun.

Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian berkata di Beijing semalam, dokumen Jepun itu sengaja mencetuskan spekulasi tentang isu Laut China Selatan dan Laut Timur yang berniat jahat terhadap tentera China, di samping menjejaskan hubungan antara China dengan negara jiran serta melakukan penipuan kepada masyarakat antarabangsa. Beliau menasihati Jepun agar menghentikan tindakan yang merugikan diri sendiri.

Wu Qian menegaskan lagi bahawa Pulau Diaoyu dan pulau-pulau di sekitarnya adalah wilayah China sejak zaman purbakala. China mempunyai bukti yang kukuh dari segi sejarah dan undang-undang.

Tambah beliau lagi, tujuan sebenar Jepun adalah untuk mereka-reka pelbagai alasan bagi menyusun semula dasar ketenteraan dan keselamatan negaranya, memperhebat kemudahan ketenteraan, serta meminda Perlembagaan Damai. Tindakan Jepun itu perlu diberikan perhatian oleh masyarakat antarabangsa.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying hari ini juga mengemukakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap Jepun mengenai hal tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China