Ketika kegilaan terhadap watak maya Pokemon Go dalam permainan berasaskan telefon pintar, kini patung Pikachu tiba-tiba muncul dan menarik perhatian di New Orleans, Amerika Syarikat (AS).
Minggu lalu, patung ikonik Pokemon, Pikachu, diletakkan di tengah pancuran air pecah di sebuah taman di bandar itu.
Patung Pikachu itu dengan tangan dilipat, berdiri di atas tapak simen dengan Pokeball di sebelahnya.
Ramai peminat Pokemon mengambil gambar selfie dengan patung itu.
(sumber Berita Harian Malaysia)