Cari:
AS Satu-Satunya Negara Peroleh Manfaat daripada Pergolakan Semenanjung Korea
2016-08-04 14:14:01 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Amerika Syarikat (AS) menyalahkan Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) kerana memperluas penggunaan senjata api, namun mendakwa penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) oleh AS di Korea Selatan bertujuan untuk menangani "ancaman dari DPRK". Sebenarnya, AS adalah satu-satunya negara yang memperoleh manfaat daripada pergolakan antara Semenanjung Korea dengan kawasan Timur Jauh pada ketika ini.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Persekutuan Rusia, Igor Klimov berkata demikian ketika diwawancara pada 3 Ogos lalu.

Igor Klimov berkata, tindakan AS menambah penempatan tentera di Jepun dan Korea Selatan sebenarnya adalah helah untuk memaksa DPRK melancarkan ujian peluru berpandu. Namun disebabkan jarak, Rusia terpaksa berhadapan dengan ancaman yang lebih besar berbanding dengan ancaman terhadap Jepun.

Beliau berpendapat, Jepun dan Korea Selatan perlu memahami bahawa menerusi pemerkasaan kerjasama ekonomi di kawasan Semenanjung Korea, iaitu dengan penglibatan bersama DPRK dan Korea Selatan dalam ekonomi berskala besar, barulah ketegangan di rantau itu dapat diredakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China