Kontijen China menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh bersemangat ketika upacara menaikkan bendera Republik Rakyat China di perkampungan Sukan Olimpik Rio 2016 semalam.
Ketua kontijen China, Liu Peng menyatakan bahawa atlet China sudah bersedia untuk memulakan persaingan dalam temasya sukan tersebut. Semua atlet berikrar untuk menunjukkan aksi terbaik dan membukti kemampuan masing-masing dalam semua acara pertandingan yang disertai. Sukan Olimpik Rio bukan saja arena pertandingan, malah platform persahabatan.
Semua atlet negara ini diharap dapat mencapai kejayaan yang cemerlang, di samping menarik lebih ramai orang untuk bersenam dan menyihatkan tubuh badan, menggalakkan pembangunan institusi sukan China dan mengumpulkan pengalaman bagi China menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.