Cari:
Korea Selatan Kutuk DPRK Lepaskan Dua Peluru Berpandu
2016-08-04 15:06:38 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Korea Selatan mengutuk tindakan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) yang melancarkan dua peluru berpandu dan menyatakan hasrat untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa bagi menangani sebarang provokasi dari DPRK.

Jurucakap Kementerian Luar Korea Selatan menyatakan semalam, tindakan DPRK yang mencabuli resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu merupakan "provokasi terburuk" bukan sahaja terhadap Korea Selatan, malah negara serantau dan seluruh masyarakat antarabangsa. Tindakan tersebut sekali gus menunjukkan "peluasan rejim DPRK" yang diibaratkan sebagai "kumpulan militan yang sukar diramalkan".

Korea Selatan akan mengeratkan kerjasama dengan negara-negara berkepentingan dan mengambil pelbagai langkah melalui Majlis Keselamatan PBB dan platform-platform lain bagi meningkatkan " tekanan dan sekatan" terhadap DPRK.

Menurut Agensi Berita Yonhap, DPRK melancarkan dua peluru berpandu balistik ke arah kawasan perairan timur Semenanjung Korea dan satu daripadanya meletup serta-merta sejurus dilancarkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China