Cari:
Laman Web Laut Selatan China Dilancarkan
2016-08-04 11:44:26 CRI Cetak

Laman web Laut Selatan China dalam bahasa Mandarin dilancarkan secara rasmi semalam. Banyak catatan sejarah dan peta dipaparkan kepada orang awam buat pertama kali menerusi laman web tersebut. Laman web versi bahasa Inggeris dijangka dilancarkan menjelang penghujung tahun ini.

Menurut jurucakap Pentadbiran Laut Negara China, Shi Qingfeng, tujuan pembukaan laman web tersebut adalah untuk memperkenalkan Laut China Selatan secara menyeluruh, penerangan tentang dasar China, bukti sejarah dan undang-undang serta kerjasama antarabangsa di kawasan perairan tersebut.

Hal itu sekali gus membolehkan jabatan kerajaan, institusi penyelidikan dan seluruh masyarakat dari dalam dan luar China memahami isu Laut China Selatan dengan lebih baik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China