Cari:
Park Geun-hye: Penempatan THAAD di Seongju Boleh Diubah
2016-08-05 11:24:46 CRI Cetak

Presiden Korea Selatan, Park Geum-hye semalam menyatakan bahawa lokasi penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) yang telah diumumkan, masih boleh dipertimbangkan untuk dipindahkan ke tempat lain.

Menurut laporan Agensi Berita Yonhap, demikian kenyataan Geun-hye ketika ditemui ahli Parlimen kawasan Gyeongsangbuk-do dan memberikan maklum balas mengenai isu radiasi yang menjadi kebimbangan penduduk tempatan.

Dalam perkembangan yang sama, Kementerian Pertahanan Korea Selatan mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa pihaknya akan menjalankan tinjauan sekiranya pihak berkuasa Seongju dapat mencadangkan lokasi lain yang lebih sesuai.

Menurut penganalisis, keputusan kerajaan Korea Selatan untuk menempatkan THAAD secara tergesa-gesa mungkin akan mengundang keraguan dan persoalan dalam kalangan masyarakat negara ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China