Cari:
Hubungan China-Jepun Kehilangan Masa Depan Sekiranya Nafikan Fakta Sejarah
2016-08-06 14:46:31 CRI Cetak

Hubungan China-Jepun tiada masa depan sekiranya Jepun terus menafikan fakta sejarah.

Demikian dinyatakan Biro Penerangan Kementerian Pertahanan China dalam bantahan keras terhadap perkataan Menteri Pertahanan Jepun yang baharu, Tomomi Inada yang menafikan berlakunya "pertandingan pembunuhan warga China" semasa tragedi pembunuhan berbentuk genosid di Nanjing China oleh tentera pencerobohan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

Menurut Biro Penerangan China tersebut, terdapat bukti sejarah yang amat kukuh dan tidak dapat dinafikan mengenai tentera pencerobohan Jepun pernah melakukan "pertandingan pembunuhan warga China" yang kehilangan sifat perikemanusiaan sama sekali semasa mereka melakukan pembunuhan besar-besaran yang dahsyat di bandar Nanjing pada lebih 70 tahun yang lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China