Cari:
Putin: Dwistandard Tidak Diizinkan dalam Usaha Perangi Kumpulan Pengganas
2016-08-06 15:06:09 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Usaha memerangi kumpulan pengganas memerlukan semangat bersatu padu pelbagai pihak yang terlibat, dan tidak mengizinkan mana-mana pihak melaksanakan dwistandard dalam usaha tersebut.

Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan demikian semalam ketika diwawancara oleh Agensi Berita Azerbaijan sebelum lawatan rasmi beliau ke Baku, Azerbaijan pada 8 Ogos nanti.

Putin menegaskan bahawa serangan pengganas yang berlaku di beberapa tempat di dunia baru-baru ini menunjukkan bahawa usaha memerangi kumpulan pengganas mesti dijalankan berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa dan penyelarasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau menambah, kumpulan pengganas tidak diizinkan dan mustahil dibezakan sebagai kumpulan pengganas yang "baik" dan kumpulan pengganas yang "jahat". Tindakan yang berniat untuk memperoleh kepentingan politik atau geopolitik dengan menggunakan kumpulan pengganas dan kumpulan pelampau dianggap amat berbahaya dan mana-mana pihak tidak diizinkan berbuat demikian.

Pertemuan kali pertama pemimpin tiga pihak iaitu Rusia, Azerbaijan dan Iran dilaporkan akan diadakan di Baku pada 8 Ogos depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China