Cari:
Wang Yi, John Kerry Bincang Hubungan Bilateral China-AS
2016-08-06 15:27:50 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Menteri Luar China, Wang Yi menghubungi Setiausaha Negara AS, John Kerry melalui telefon semalam untuk bertukar-tukar pendapat mengenai hubungan China-AS dan situasi di Semenanjung Korea.

Wang Yi berkata, pertemuan antara Presiden China, Xi Jinpin dan Presiden AS, Barak Obama yang bakal diadakan sempena Sidang Kemuncak Kumpul Negara 20 (G20) di bandar Hangzhou pada bulan September adalah agenda paling penting dalam perkembangan hubungan dua hala China dan AS pada fasa selanjutnya. Kedua-dua pihak perlu bersama-sama berpegang kepada orientasi betul yang membina hubungan kuasa besar model baharu demi memastikan pertemuan kali ini membuahkan hasil yang memuaskan dan menjamin hubungan antara kedua-dua negara dapat berkembang dengan stabil pada tahun pilihan raya Presiden AS. Selain itu, China juga bersedia bekerjasama dengan semua pihak terlibat termasuk AS untuk menjayakan Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou.

Kerry pula berkata, pertemuan antara presiden kedua-dua negara di Hangzhou amat penting, pihaknya bersedia berusaha bersama dengan China untuk memastikan Sidang Kemuncak G20 kali ini mencapai kejayaan sepenuhnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China