Jurucakap Penerangan Tentara Udara China, Kolonel Kanan Shen Jinke semalam memaklumkan bahawa tentera udara China telah menghantar pesawat tentera banyak jenis termasuk pengebom H-6K dan pesawat perang Su-30 untuk mengadakan rondaan pertempuran biasa di ruang udara Kepulauan Nansha dan Pulau Huangyan di Laut China Selatan baru-baru ini.
Shen Jinke berkata, beberapa pesawat tentera termasuk pesawat pengebom, pesawat perang, pesawat pengintip dan pesawat pengisian bahan bakar di udara telah terlibat dalam misi kali ini.
Beliau berkata, rondaan pertempuran biasa tentera udara China tersebut adalah untuk meningkatkan keupayaan tindak balas kepada semua jenis ancaman keselamatan di ruangan udara perairan laut dalam melindungi kedaulatan, keselamatan dan kepentingan maritim negara.