Cari:
Liu Yandong Saksikan Pertandingan Acara Menembak Sukan Olimpik
2016-08-07 15:14:28 CRI Cetak

Naib Perdana Menteri China, yang juga wakil khas bagi Presiden Xi Jinping, Liu Yandong bersama-sama dengan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach dan Setiausaha Agong PBB, Ban Ki-moon telah menyaksikan pertandingan akhir acara menembak dengan senapang angin 10 meter perseorangan wanita pada hari pertama Sukan Olimpik Rio semalam. Atlet menembak wanita China Du Li dan Yi Siling masing-masing telah meraih pingat perat dan pingat gangsa dalam acara tersebut.

Dalam pertemuan dengan Thomas Bach setelah pertandingan tersebut berakhir, Liu Yandong berkata, China telah berjaya menganjurkan pelbagai pertandingan sukan antarabangsa yang penting dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Kejayaan tersebut telah membangkitkan semangat rakyat China terhadap Olimpik. China akan mengambil peluang sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 untuk terus mendorong kerjaya sukan China berkembang maju, mewujudkan matlamat kesihatan rakyat China dan memberi sumbangan lebih besar terhadap kerjaya Olimpik antarabangsa.

Thomas Bach pula berkata, China semakin aktif menyertai dan memberi sumbangan penting dalam Olimpik antarabangsa. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa menantikan program kerjasama lanjutan dengan China dan komited akan memberi bantuan sewajarnya kepada China dalam usaha membuat persiapan bagi menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China