Cari:
Shinzo Abe Mendapat Bantahan dalam Aktiviti Peringati Peristiwa Pengeboman Bom Atom Hiroshima
2016-08-07 15:44:36 CRI Cetak

Aktiviti memperingati ulang tahun ke-71 peristiwa pengeboman bom atom telah diadakan di Taman Peringatan Keamanan bandar Hiroshima Jepun semalam. Kira-kira 1000 penunjuk perasaan dari pelbagai tempat Jepun mengadakan perhimpunan dan perarakan di sekitar taman tersebut untuk menentang Perdana Menteri Shinzo Abe menghadiri aktiviti peringatan itu dan membantah kerajaan Jepun mengkuatkuasakan undang-undang perlindungan keselamatan baharu.

Shinzo Abe telah menghadiri aktiviti tersebut dan menyampaikan ucapan. Namun beliau tidak menyebut tentang latar belakang sejarah peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki-shi dalam ucapannya. Manakala beliau menyebut tentang isu "tiga prinsip bebas nuklear" dan menyeru untuk terus mengekalkan dan mengintensifkan sistem "Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT)".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China