Cari:
Sukan Olimpik Rio: Sun Yang Gagal Ulangi Rekod
2016-08-07 16:03:05 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Mack Horton kembali meletakkan Australia di kedudukan utama podium Olimpik dalam acara renang selepas menguasai saingan final 400 meter gaya bebas individu lelaki sekali gus mengatasi juara 2012, Sun Yang dari China, pagi tadi.

Horton merakam masa 3 minit 41.55 saat, mengatasi Sun Yang (3:41.68s) yang sekadar berpuas hati dengan perak manakala perenang Itali, Gabriele Detti membawa pulang gangsa (3:43.49s).

Horton pula memberi jaminan Australia tidak akan mengalami nasib malang seperti yang berlaku di London, empat tahun lalu apabila hanya memenangi pingat emas dalam acara 4x100m gaya bebas.

(sumber: Berita Harian Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China