Cari:
China Tambah Emas Lagi
2016-08-09 15:13:10 CRI Cetak

Dalam saingan 10 meter platform seirama lelaki semalam, penerjun China, Lin Yue dan Cheng Aisen berjaya mengumpulkan 496.98 mata, sekali gus memberikan pingat emas keempat buat China.

Pasangan penerjun China tersebut terus menunjukkan aksi cemerlang pada hari ketiga temasya Sukan Olimpik di Rio.

Namun, persembahan atlet gimnastik lelaki China kurang memuaskan.

Beberapa kesilapan yang dilakukan dalam pertandingan akhir acara berpasukan menyebabkan mereka terpaksa berpuas hati berada pada tempat ketiga dengan catatan 271.122 mata.

Pingat emas bagi acara tersebut dimenangi oleh Jepun, manakala Rusia pula memperoleh pingat perak.

Hingga pukul 9 malam semalam, kontinjen China telah menduduki tempat pertama dalam senarai pungutan pingat dengan 4 pingat emas, 2 perak dan 4 gangsa, manakala Australia dan Amerika Syarikat (AS) pula masing-masing berada di tempat kedua dan tempat ketiga.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China