Cari:
Sudan Meterai Perjanjian Hala Tuju Perdamaian
2016-08-10 14:44:04 CRI Cetak

Kumpulan Pembangkang Sudan telah memeterai Perjanjian Hala Tuju Perdamaian yang dicadangkan oleh Panel Pelaksanaan Peringkat Tinggi Kesatuan Afrika (AUHIP) di Addis Ababa pada 8 Ogos lalu.

Naib Presiden Pertama Sudan, Bakri Hassan Salih menyanjung tinggi keputusan "berakal dan rasional" kumpulan pembangkang tersebut yang dipercayai akan membuka laluan kepada rakyat Sudan untuk bergabung tenaga bagi menangani pelbagai cabaran.

Tambah beliau, Sudan sudah melalui tempoh peperangan. Kini, yang amat diperlukan ialah toleransi dan perdamaian.

Tegas beliau lagi, Persidangan Dialog Kebangsaan Sudan akan terus dilaksanakan sehingga semua matlamat berjaya dicapai.

Pada Mac lalu, AUHIP dan kerajaan Sudan telah menandatangani perjanjian yang bertujuan untuk melaksanakan gencatan senjata di kawasan Blue Nile, Kordofan Selatan dan Darfur.

Pada ketika itu, kumpulan pembangkang utama menolak untuk memeterai perjanjian tersebut kerana perjanjian tersebut dikatakan lebih berpihak kepada kerajaan Sudan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China