Cari:
45,000 Pengganas IS Dibunuh
2016-08-11 12:07:47 CRI Cetak

Kira-kira 45,000 anggota kumpulan militan negara Islam (IS) dibunuh di Iraq dan Syria sejak operasi memerangi IS yang diterajui Amerika Syarikat (AS) bermula dua tahun lalu.

Demikian didedahkan komander operasi tersebut, Jeneral Sean Mcfarland kepada pemberita di Pentagon menerusi panggilan video dari Baghdad semalam.

Menurut beliau, sejak 11 bulan lalu, perikatan antarabangsa yang diterajui AS telah berjaya membunuh kira-kira 25,000 anggota IS.

Keadaan tersebut menyebabkan IS kehilangan 50 peratus daripada kubu kuat mereka di Iraq, manakala 20 peratus lagi di Syria.

Menurut Mcfarland, operasi ketenteraan bagi fasa seterusnya adalah untuk membantu Iraq merebut kembali Mosul agar kekuatan militan IS di negara itu dapat dilemahkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China