Cari:
Pew: Prestasi Ekonomi China Lebih Meyakinkan
2016-08-11 15:04:34 CRI Cetak

Satu kaji selidik yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Pew Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bahawa rakyat AS, Jepun dan beberapa negara dari Kesatuan Eropah (EU) tidak optimistik terhadap prospek ekonomi negara mereka, sebaliknya rakyat China, India dan Australia lebih berkeyakinan terhadap ekonomi domestik masing-masing.

Menurut kajian tersebut, 44 peratus daripada keseluruhan responden di AS yakin dengan prestasi pertumbuhan ekonomi negara mereka, meningkat 27 peratus berbanding dengan tahun 2009.

Namun, angka itu masih rendah jika dibandingkan dengan tahun 2007, yang mencecah 50 peratus.

Keadaan ekonomi di Jepun juga mengecewakan masyarakat setempat.

Hanya 30 peratus responden optimistik terhadap prestasi ekonomi negara itu.

Walaupun pertumbuhan ekonomi China perlahan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, namun 87 peratus daripada keseluruhan responden tersebut meyakini prospek ekonomi negara itu, manakala 80 peratus terhadap India, sementara Australia pula 57 peratus.

Bermula pada 4 April hingga 29 Mei lalu, Pusat Penyelidikan Pew telah menjalankan kaji selidik yang melibatkan 20,132 responden.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China