Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucapan takziah kepada Presiden Pakistan, Mamnoon Hussain atas insiden serangan bom yang berlaku di Quetta, barat daya negara itu pada Isnin lalu.
Xi turut melahirkan rasa simpati kepada rakyat Pakistan, terutamanya anggota keluarga mangsa yang terkorban dan mangsa yang cedera.
China menentang sebarang bentuk keganasan dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan tersebut.